Apa cerita sekarang?
Assalamualaikum...apa cerita sekarang?
- Laporan Ketua Audit Negara untuk tahun 2012 sudah published dan banyak sekali loop-holes, incompliances, not so prudent expenses dan lain-lain yang korang rasa tak patut sudah didedahkan. Kelemahan demi kelemahan didedahkan, aku? tepuk dahi sebab sebagai auditor aku pandang ini sebagai biasa kalau hanya highlight tapi tanpa follow-up sama dengan no-point. Tapi disebaliknya at least rakyat tahu prestasi kerajaan sekarang. Selepas itu semua jadi pakar ekonomi dan auditor..syabas!
- Dah lama tak main paintball, then pada 28 September lepas aku dan rakan seperjuangan KL Mayhem (dibantu oleh pejuang-pejuang import) memasuki pertandingan Liga Kampung siri kelima yang di adakan di Sri Awani Paintball, Bandar Baru Bangi. Pada pendapat aku, field yang selesa, organizing yang power syabas! dan kepuasan tidak terhingga!. Terima kasih
- Oh aku akan bertunang lagi beberapa belas hari lagi, pergh..gementar pun ada. Bak kata mak aku, baru tunang relax uh. Alhamdulillah, sejak lahir kedunia ini 27 tahun lepas this is one of the achievement that I wouldn't want or think to be screwed insha Allah. Nak kawin dah ko ye..bak kata mak cik kat sebelah
- Sudah 3 bulan aku menjadi staff kepada salah satu anak syarikat GLC di Malaysia. Berfokuskan kepada project management & implementation insha Allah, aku akan berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana sebelum ini dan bekerja kuat (nak kahwin doh..kena kerja kuat hahaha)
- Antara projek nasional yang aku dah audit semuanya memeningkan kepala, tidak apa itu aku anggap sebagai satu cabaran, bak katan boss aku "Let's challenge ourself"...haa ye challenge -____-
- Duit banyak nak kena simpan dan pada masa yang sama tu jugaklah dia mengalir dengan lajunya..Ya Allah, berikan hamba-Mu ini kekuatan untuk menghadapi salah satu cabaran dalam hidup - Financial stability
Comments