Self Audit

Sedang aku bertungkus lumus hendak menyiapkan report audit yang perlu aku hantar pada hujung minggu ini.  Aku surf sikit internet mana tau ada benda yang menarik.  Sedang aku surfing, aku teringat aku dah lama tak menjengah ke blog antara penulis yang aku follow.
 
Wah dah tukar banner, brother Angel Pakai Gucci ni, yang membuat aku tersentak dengan perkataan yang tertera di banner beliau
 
"We do too little dakwah
Too little tarbyah,
And too much Jahiliyyah,
Yet we aspect to enter
Jannah..?? Pfttttt
 
Bagi aku ayat ini memang powerful, memang aku tersentak dan mula mengelamun memikirkan apa yang dah aku lakukan untuk tarbiyyah, seperti yang disarankan dalam Al-Quran
 
"Sampaikan lah walaupun hanya dengan sepotong ayat"
 
Well, aku setiap kali aku berfikir perasaan sebak memang akan hadir dalam diri, mungkin sekarang boleh disembunyikan tapi sampi bila, aku ni manusia biasa yang tidak boleh lari dari dosa dan keJahillan. 
 
Tak terkecuali akan kedengaran ada sahaja ayat-ayat atau percakapan orang yang memperlekehkan usaha aku, tapi aku tahu ini yang aku pilih which mean aku kena kuat.  Pedulikan apa orang lain fikir, yang penting sentiasa perbuatan aku insha Allah aku lakukan dengan istiqamah. 
 
Mudah-mudahan, usaha yang aku buat diberkati dan diredhai oleh Allah SWT
 
p/s: akhir-akhir ni suka pulak aku baca artikel dakwah ni, eh bukan la akhir-akhir ni dulu ada juga tapi dah lari sikit hehe
 

Comments

Popular posts from this blog

who am i?

Planning at the early stage is good