Kad Kredit vs Tunai - Pandangan peribadi

Aku setuju betul dengan apa yang rakan blogger MySham tentang tips beliau berkenaan penggunaan kad kredit vs tunai.  Memang betul kebanyakkan orang banyak bercakap supaya berbelanjan ikut kemampuan or spend within your means tetapi pada pandangan aku jika kita bijak berbelanja dan tahu macam mana nak manipulasi method atau instrument pembayaran yang ada why not?

Impulsive purchases memang akan wujud jika kita tidak ada disiplin dalam berbelanja, tetapi jika kita bijak menangani masalah ini aku rasa tiada masalah (i.e. amaun yang tertangguh perlulah dibayar tepat pada masa atau within masa yang diberikan) untuk mengelakkan interest yang melambung akan di kenakan contoh dari 13.5% terus ke 18%. Memang confirm sampai bila pun anda masih berhutang. 

Aku sudah mengalami zaman tidak bayar hutang kad kredit tepat pada masanya, betul aku memang menyesal dan dengan kerana itu aku susun strategi untuk habiskan juga outstanding balance yang ada iaitu tetap kan 15% from total outstanding every month, well at least it works for me..Alhamdulillah

Antara kelebihan penggunaan kad kredit ialah mata ganjaran yang berbagai nama (contoh Maybank, Treatpoints) digunakan oleh pihak bank.  Pilihlah, kemudahan mata ganjaran yang tidak ada tempoh luput (expiry) which kita boleh guna lagi sampai habis.  Mata ganjaran yang boleh digunakkan especially untuk barang yang bukan dalam kategori keperluan, macam ayah aku every year dia akan tebus periuk lah, beg travel, dan macam-macam lagi.  So how about being an intelligent consumer? for a change.

Bagi aku ada faedahnya pembayaran guna kad kredit ni sebab, kerja aku memerlukan aku untuk selalu outstation dalam dan luar negara.  Jadi untuk mengelakkan untuk membawa wang tunai yang banyak dan terjadi kecurian, eloklah cari satu medium untuk menggantikan wang tunai, tetapi awas! make sure yang kita ada cukup tunai untuk pembayaran balik di akhir outstation nanti.

Macam yang di-highlighted oleh brother MySham juga kad kredit juga boleh menjadi instrument untuk menunjukkan kepada pihak bank (bagi yang nak apply untuk berbagai jenis pinjaman) yang kita ni merupakan peminjam dan pembayar yang baik (good paymaster). Yang ini aku memang setuju.

Kad kredit ada keburukan dan kebaikan, tetapi jika kita disiplin dan tahu bagaimana nak gunakannya dengan betul sebagai satu payment instrument insha Allah boleh beri faedah kepada pengguna. 

The important thing discipline, make the purchase worth for you and live in moderation

Comments

Popular posts from this blog

who am i?

Planning at the early stage is good