Kopi Eksotik Mudah Dibawa

Untuk pengemar kopi seperti aku, tidak sah jika sehari tidak mendapatkan secawan kopi ataupun dalam bahasa lama disebut secangkir kopi, Wah! memang enak selepas dapat menghirup secawan kopi semasa atau selepas melakukan sesuatu kerja, sukar untuk digambarkan dengan kata-kata!. Oleh kerana bidang kerja aku yang memerlukan aku always-on-the-go jadi aku memerlukan kopi ais yang lain dari yang biasa aku beli iaitu kopi premium yang dapat memberikan kepuasan kepada tahap yang diinginkan. Sebagai pengemar kopi dari The Coffee Bean & Tea Leaf (TCBTL) iaitu sebuah syarikat kopi gourmet yang pada asalnya dimiliki oleh seorang individu dari negara Uncle Sam tetapi kini dimiliki oleh sebuah syarikat yang bertapak di negara jiran kita iaitu Singapura. TCBTL telah melancarkan produk sedia-diminum terbaru mereka iaitu....
TCBTL Cafe Mocha Ice Coffee
This particular bottled iced coffee aku beli dari TCBTL di Pelangi Mall, Johor dengan harga RM 12++, anda boleh pilih sama ada nak yang tidak disejukkan atau sudah disejukkan.
Bagi aku untuk kopi ais lebih baik pilih yang keluar segar dari peti sejuk supaya dapat menikmatinya terus!

Penerangan serba sedikit tentang kopi TCBL
Setelah mencuba produk baru ini, aku dapat merasakan kelainan dari segi kepuasan dalam merasai kopi lebih-lebih lagi untuk produk sedia diminum. Aroma yang menyegarkan serta kelazatan kopi dari 100% biji kopi Costa Rica mampu memberikan rasa Ummph! bagi pengemar kopi yang sentiasa sibuk tetapi tetap mahukan secawan kopi di tangan mereka.
 
Bagi aku, ini merupakan satu produk yang memenuhi permintaan pengemar kopi gourmet dan thumbs up kepada TCBL!
 
p/s: TCBL telah mengeluarkan satu lagi inovasi terbaru bagi pengemar kopi di rumah iaitu sistem CBTL, aku akan review sistem ini pada masa hadapan
 
Enjoy your cuppa!
 
Info: TCBL

Comments

Belly-Button said…
tudiaaaa... review mcm dlm tv dah ni....hehehe
DS said…
saya baru belajar

Popular posts from this blog

who am i?

Planning at the early stage is good