Dah lama tak buat....

Seingat aku dah lebih 2-3 bulan aku tak workout semacam tahun 2009 melainkan main basketball setiap malam Selasa dan Khamis. Planning je lebih nak alternate day workout iaitu Isnin dan Jumaat akan bertandang ke gimnasium berhampiran tetapi hampeh memang dah jarang gila pergi. Patutlah pembentukan dan kenaikan badan berada pada tahap drastik dan membimbangkan, tak boleh blah lah.

So aku bertekad walaupun aku outstation ni, dari 2 minggu extend ke 3 minggu kat Johor Darul Ta'zim ni, aku pun mengagahkan diri ke gimnasium pada hari ini dan pada hari ini jugaklah aku ke gym 2 kali (tak pernah dibuat dalam hidup aku berkecimpung dalam arena ini). At least aku dah berjaya membuat perkara yang dah lama aku tak buat sejak balik dari outstation Indonesia pada awal tahun ni, sejak tu memang kadar kehadiran ke gym amatlah membimbangkan serta ketidak seimbangan makanan yang diambil membantu menambahkan nombor dalam jumlah berat badan.

Aku amatlah bertekad lepas ni, aku akan bertandang ke gym mengikut jadual (sendiri buat je) demi kebaikan.

p/s: sorry entry agak poyo
p/s/s: terima kasih sebab melayan
p/s/s/s: lupe plak amik gambar gym Hotel Grand Paragon ni, nice gak

Comments

Popular posts from this blog

who am i?

Planning at the early stage is good