Hujan
Semalam, baru ak tersedar walaupun sudah acap kali aku gunakan material ini. Petang semalam, seraya aku keluar dari LRT yang pada masa itu hujan turun dengan lebatnya. Aku tunggu di stesen itu sambil menikmati roti ban gourmet Gardenia (produk baru mungkin) yang agak lazat dinikmati dan lebih lazat lagi bila ada secangkir kopi panas untuk memanaskan badan. Sudah berasa bosan menunggu, aku turun kebawah untuk memanaskan badan aku dengan gulungan kertas berisi tembakau dan 4,000 bahan kimia lain (seperti tertera di kotak). Baru aku sedari, pemetik api sudah kutinggalkan diperjabat, kerana pemetik api tu sudah ku consider sebagai gunaan di pejabat sahaja dan tanpa membuang masa ak pergi menegur salah seorang brother yang juga sedang menikmati tembakau dalam gulungan kertas bermacam-macam jenama, ` bang, pinjam lighter bang ', brader itu dengan sukacitanya meminjamkan aku pemetik api dan seraya itu aku menyedut asap bakaran tembakau dengan nikmatnya. Pada masa aku menikmati sedutan te...